Thursday, November 12, 2015

Khamis

Kamu bertanya kepada aku
Apakah erti dicintai aku
Aku khabarkan kepada kamu
Apakah erti mencintai kamu. 

Hati aku bagaikan terjun di lautan cinta
Rindu aku berantai berombak gelora
Sayang aku berbuih di bibir pantai
Setia aku berkarang di dasar terdalam

Sehingga aku lemas didalam bahagia
Menjadi rela mati kerana cinta


Tuesday, October 6, 2015

Jalang

Memang cantik paling cantik
Rebut rebut semua rebut
Tapi malang sangat sayang
Muka cantik mulut longkang

Memang cantik paling cantik
Dekat dekat semua dekat
Tapi sayang sangat malang
Muka cantik perangai jalang

Thursday, September 17, 2015

BOCO

Oh. Adik aku ade ckp. "nape kamu tak updet lagi pasal Event Boco haritu?"
Aku cm....malas sebenarnye. Hari ni baru rajin. Ini pon aku nak updet cincai je.

Minggu lepas aku join event ni. Sesungguhnya aku rase alien sangat kat situ. Macam aku balik ke zaman sekolah. Hahaha back to school sgt. Crowd die suasana die rase macam remaja tapi dah tua. Susah la nak explain. Indie sangat environment die.

Dan satu lagi.
Orang lain semua niaga buku. Terselit aku jual gelang. Awkward....

Kebanyakannye kat situ macam dah kenal antara satu sama lain.
Dah la aku jage sorang. Tapi biar r. Gedik la pulak kalo nak komplen sebab tinggal sorang.
Ade je yang datang teman. Tapi most of the time aku duduk sorang je situ.

Mase tu memang bosan. Bile bosan kene merayap. Tapi tak jauh pon aku merayap. Setakat g table FIXI ngan Pustaka Kolektif je.

Dah g event buku ni takkan la tak beli buku kan. Ade la dalam 6 buku aku beli. Dapat free pon ade jugak. Alhamdulillah. Kawan baru aku baik.

Bukan buku je aku dapat. Pengalaman ngan pengajaran jugak. Dah banyak kali jugak aku belajar bende ni. Tapi degil. Kalau ade Fyn ni. Mesti die maki aku babi. Sebab degil. Gasak kau la Fyn.

Aku tak sangka ramai betul budak muda yang minat dalam seni penulisan. Dan dierang hebat dalam bidang ni. Since zaman sekarang henfon adelah segalanya. berenti traffic light pon nak usha fon. All these kids using the technology to spread their voices thru writing. Dierang jugak ade ramai fans. Believe or not. its true.

Sebahagian besar motif penulisan ofkos about love, but they also have a few on politic, death, and faith. They r gud. Dead gud.

Dont judge a book by its cover. Siyes, jangan pandang dierang ni sebelah mata. Dierang ni boleh jadi jentera yang mampu mengubah dunia. Aku tabik dengan usaha anak muda macam ni. They know its not easy to be heard. Tapi dierang still usaha dengan adekan event event macam ni, produce buku sendiri. Buku yang ade sinis sinis politik. So, crowd yang luar target dierang tahu dan dapat tahu ape sebenarnye kesan politik terhadap dierang. Anak muda.

Satu lagi.

Memupuk amalan membaca. Aku sendiri pon dah settle 3 buah buku yang aku beli mase tu. Selame ni aku baca komik je. hahaha. InshaAllah aku akn teruskan perangai membaca aku ni. Boco buku

Ok. Tu je. Bye.



Tuesday, September 15, 2015

Zombie Duit

Awek aku zombie duit
Bile duit aku banyak die nak berkepit

Bile duit aku sikit
Die kata "Aku helang kau pipit"

Sekarang duit aku membukit
Giliran aku pulak "Tolong tepi sikit"

Monday, September 14, 2015

Goodbye

Satu hari tu.
Aku dapat kawan baru.

"Name ko ape?".
"Hafiz je".

Dari situ terus ngam.
Hari-hari lepak same.
Hari-hari nak jumpe.

Heh.
Sampai satu hari.

Ngam jadi meragam.
Fitnah jadi senjata dendam.
Kebenaran dibungkam
Kau buat muke talam.

"Hai akak"
Buat selambe bile jumpe
"What the hell"
Aku bagi kata pembuke.

Aku dah malas nak layan.
Perangai kau yang memondan.
Goodbye, kite bukan kawan.








Dalang Labuh

Satu dua tiga
Kau nak salahkan siapa
Jangan kau buat buat ternganga
Sorok tangan dalang punca

Empat lima enam tujuh
Ikutkan hati nak kau ku bunuh
Sedap hati kau nak menuduh
Tak padan gaya tudung labuh

Lapan sembilan sepuluh
Hati kau hitam tak bersuluh
Mengata orang sampai ke subuh
Sambil berzikir berpeluh peluh. 

RM100

Seratus sekarang dengan seratus nanti
Nilai nye tak akan sama lagi
Seratus sekarang byk boleh beli
Seratus nanti macam tahi gigi

"Kak. Tora satu. Berape?"
"Seratus dik"
"Mak aihh. Mahalnye"
"GST"

Mase tu kau tepuk dahi berkali. 

Tuesday, May 12, 2015

Kalaulah

Kalau lah bintang berwarna-warni
Tentu langit berwajah ceria
Kalau lah bulan berbentuk segi empat
Mesti aku terbayang biskut rik-rak
Kalau lah langit berwarna coklat
Pastinya ia pemandangan kegemaran aku

Kalau lah matahari berwarna hijau
Pasti teriknya nyaman
Kalau lah hujan berwarna sirap
Tempayan akan aku tadahkan
Kalau lah awan berwarna merah jampu
Ingin aku capai dan makan macam gula kapas

Tapi ini semua bayangan sahaja
Sebab Tuhan dah ciptakan setiap itu
Seindah-indahnya.

Monday, May 11, 2015

Bulan

Wahai sayang ku si Bulan
Berebut ruang dengan si Bintang
Tapi si Bintang bukan tandingan
Walau sinarnya bersama-sama
Walau si Bintang terang berkerlipan
Tapi si Bulan tetap jadi tatapan
Kerana kau Bulan aku yang paling tampan

Thursday, April 16, 2015

Cerita

Aku menulis bukan sebab aku suka
Aku menulis sebab aku nak cerita
Cerita yang tiada kuping mahu terima
Cerita yang tak tersampai dengan suara

Cerita aku cuma cerita manusia biasa
Yang mana manusia biasa pun alaminya
Bile mane nanti aku bace aku akan ketawa
Terhibur tapi malu pun ada

Hehe 
Kau juge patut memulakannya
Menulis terus dari hati 
Semoga sampai padanya
Jika tidak 
Cukup saja untuk diri sendiri




Warna

Warna tak dapat mendefinasikan aku
Tidak merah, hijau atau kuning
Mahupun campurannya
Hitam atau putih juga bukan

Aku adalah tanpa warna
Tidak terikat dengan mana mana
Kerana aku bukanlah siapa siapa
Siapa siapa juga tidak mengenal aku

Saturday, April 11, 2015

Masa Kecil

Ingat tak dulu
Masa kite kecil
Rambut kau tocang kelape
Buat aku rase nak tarik tarik

Ingat tak dulu
Bile gaduh kite nangis
Jerit tak nak kawan
Bile malam kite salam

Ingat tak dulu
waktu makan
Ade ayam kecik 
Ade ayam besar
Kau amik yang besar
Sebab kau paling kecik

Ingat tak dulu
Bile aku buat salah
Laju kau lari
Mengadu dengan mak kau
Aku geram
Tak nak kawan kau
Bile malam kite salam

Ingat tak dulu
Bile aku nak balik rumah aku
Kau menyorok dalam bilik air
Kau menangis
Tak nak tengok aku pergi

Ingat tak dulu?

Nanti

Satu hari nanti
Aku akan lupakan kau
Macam kau lupakan aku

Satu hari nanti 
Aku akan betah tanpa kau
Tanpa kenangan kau
Tanpa bayangan kau

Satu hari nanti
Aku juga akan bahagia

Dan

Kau juga harus bahagia.

Friday, April 10, 2015

Jodoh

kalau dah bukan jodoh
buat lah ape pon
segunung emas  hantaran pon
ianya akan putus juga

kalau dah bukan jodoh
tercantik pon takkan memuaskan

kalau dah bukan jodoh
capaikan bintang pon takkan same dengan bulan

kalau dah bukan jodoh.
ianya akan putus juga.
buat lah ape pon.

Thursday, April 9, 2015

Sesuatu yang Hilang

Sesuatu yang hilang
Hilang kerana ketaksuban
Hilang kerana angkuh
Hilang kerana biadap

Mencari yang hilang itu
Diri aku

Lohong

pernah tak?
kau berapa di titik itu
tak tahu mane nak pegi

sesat

tapi kalau sesat mesti ade arah tuju
cuma sekarang kau tak ade arah tu
sesat dalam keramaian 
tak tahu ape dan kenape
tahu tahu kau ade di titik itu
nak patah balik pon kau tercari cari

macam berada dalam lohong
pernah tak?

Friday, April 3, 2015

Peluka Hati

Hei si peluka hati
Menyesal aku mengenali kau
Terkilan aku mencintai kau
Kau pergi waktu cinta sedang membukit
Meninggalkan himalaya cinta aku
Yang kini telah hancur meruntuh
Menimbus sayang aku pada kau
Menjerit tersesak nama kau
Hei si peluka hati
Aku terlalu benci 
Tapi terlalu rindu
Tak ingin aku maafkan kau
Tapi ingin aku luahkan
Aku cintakan kau

Monday, March 30, 2015

Diet ATKINS

Awal bulan 3 ni, kekonon la kan nak diet atkins. Ce.. mule mule tu kemain kau makan secebis perca ayam je. Hahaha. Pe benda dari tepung, gandum, beras bagai kau bolayan. Gigih kental nih. Nak kuyush.

TAPI.

Bile balik rumah mama. Hahaha. Sekayu perca ayam kau hentam. "nak jage hati mama. penat mama masak ni". Perghh alasan.

Burpp.

Kenyang macam kebuntingan. Habis kau kaver semua kuota tepung gandum beras yang dah kosong kemaren kemaren termasuk kuota akan datang. Hambik. 5 hari dok umah. kau makan untuk sebulan. hahah

Skang baru nak start balik. Pon boleh. Tapi macam susah pulak nk start lah. Apesal eyk? hahah

Mane la motivasi gigih aku ni pergi.

Besok paso malam. Macam teringin nasi kerabu.

hehehe.

Teringat

Pedih teringat akan kau
Sakitnya jauh menusuk hati
Kerana cinta yang telah dibenam
Meninggalkan luka tersangat dalam
Untuk membenci tiada daya
Kerana cinta itu masih tersisa
Semoga kau sentiasa bahagia

Kau selalu ku doakan.

Saturday, March 28, 2015

Terjun



Terjun aku ke dalam laut
Sebati aku bersama arus
Terendam tangis aku
Terbasah hati aku

Terjun aku ke dalam laut.