Thursday, September 17, 2015

BOCO

Oh. Adik aku ade ckp. "nape kamu tak updet lagi pasal Event Boco haritu?"
Aku cm....malas sebenarnye. Hari ni baru rajin. Ini pon aku nak updet cincai je.

Minggu lepas aku join event ni. Sesungguhnya aku rase alien sangat kat situ. Macam aku balik ke zaman sekolah. Hahaha back to school sgt. Crowd die suasana die rase macam remaja tapi dah tua. Susah la nak explain. Indie sangat environment die.

Dan satu lagi.
Orang lain semua niaga buku. Terselit aku jual gelang. Awkward....

Kebanyakannye kat situ macam dah kenal antara satu sama lain.
Dah la aku jage sorang. Tapi biar r. Gedik la pulak kalo nak komplen sebab tinggal sorang.
Ade je yang datang teman. Tapi most of the time aku duduk sorang je situ.

Mase tu memang bosan. Bile bosan kene merayap. Tapi tak jauh pon aku merayap. Setakat g table FIXI ngan Pustaka Kolektif je.

Dah g event buku ni takkan la tak beli buku kan. Ade la dalam 6 buku aku beli. Dapat free pon ade jugak. Alhamdulillah. Kawan baru aku baik.

Bukan buku je aku dapat. Pengalaman ngan pengajaran jugak. Dah banyak kali jugak aku belajar bende ni. Tapi degil. Kalau ade Fyn ni. Mesti die maki aku babi. Sebab degil. Gasak kau la Fyn.

Aku tak sangka ramai betul budak muda yang minat dalam seni penulisan. Dan dierang hebat dalam bidang ni. Since zaman sekarang henfon adelah segalanya. berenti traffic light pon nak usha fon. All these kids using the technology to spread their voices thru writing. Dierang jugak ade ramai fans. Believe or not. its true.

Sebahagian besar motif penulisan ofkos about love, but they also have a few on politic, death, and faith. They r gud. Dead gud.

Dont judge a book by its cover. Siyes, jangan pandang dierang ni sebelah mata. Dierang ni boleh jadi jentera yang mampu mengubah dunia. Aku tabik dengan usaha anak muda macam ni. They know its not easy to be heard. Tapi dierang still usaha dengan adekan event event macam ni, produce buku sendiri. Buku yang ade sinis sinis politik. So, crowd yang luar target dierang tahu dan dapat tahu ape sebenarnye kesan politik terhadap dierang. Anak muda.

Satu lagi.

Memupuk amalan membaca. Aku sendiri pon dah settle 3 buah buku yang aku beli mase tu. Selame ni aku baca komik je. hahaha. InshaAllah aku akn teruskan perangai membaca aku ni. Boco buku

Ok. Tu je. Bye.



Tuesday, September 15, 2015

Zombie Duit

Awek aku zombie duit
Bile duit aku banyak die nak berkepit

Bile duit aku sikit
Die kata "Aku helang kau pipit"

Sekarang duit aku membukit
Giliran aku pulak "Tolong tepi sikit"

Monday, September 14, 2015

Goodbye

Satu hari tu.
Aku dapat kawan baru.

"Name ko ape?".
"Hafiz je".

Dari situ terus ngam.
Hari-hari lepak same.
Hari-hari nak jumpe.

Heh.
Sampai satu hari.

Ngam jadi meragam.
Fitnah jadi senjata dendam.
Kebenaran dibungkam
Kau buat muke talam.

"Hai akak"
Buat selambe bile jumpe
"What the hell"
Aku bagi kata pembuke.

Aku dah malas nak layan.
Perangai kau yang memondan.
Goodbye, kite bukan kawan.








Dalang Labuh

Satu dua tiga
Kau nak salahkan siapa
Jangan kau buat buat ternganga
Sorok tangan dalang punca

Empat lima enam tujuh
Ikutkan hati nak kau ku bunuh
Sedap hati kau nak menuduh
Tak padan gaya tudung labuh

Lapan sembilan sepuluh
Hati kau hitam tak bersuluh
Mengata orang sampai ke subuh
Sambil berzikir berpeluh peluh. 

RM100

Seratus sekarang dengan seratus nanti
Nilai nye tak akan sama lagi
Seratus sekarang byk boleh beli
Seratus nanti macam tahi gigi

"Kak. Tora satu. Berape?"
"Seratus dik"
"Mak aihh. Mahalnye"
"GST"

Mase tu kau tepuk dahi berkali.