Thursday, April 16, 2015

Cerita

Aku menulis bukan sebab aku suka
Aku menulis sebab aku nak cerita
Cerita yang tiada kuping mahu terima
Cerita yang tak tersampai dengan suara

Cerita aku cuma cerita manusia biasa
Yang mana manusia biasa pun alaminya
Bile mane nanti aku bace aku akan ketawa
Terhibur tapi malu pun ada

Hehe 
Kau juge patut memulakannya
Menulis terus dari hati 
Semoga sampai padanya
Jika tidak 
Cukup saja untuk diri sendiri




Warna

Warna tak dapat mendefinasikan aku
Tidak merah, hijau atau kuning
Mahupun campurannya
Hitam atau putih juga bukan

Aku adalah tanpa warna
Tidak terikat dengan mana mana
Kerana aku bukanlah siapa siapa
Siapa siapa juga tidak mengenal aku

Saturday, April 11, 2015

Masa Kecil

Ingat tak dulu
Masa kite kecil
Rambut kau tocang kelape
Buat aku rase nak tarik tarik

Ingat tak dulu
Bile gaduh kite nangis
Jerit tak nak kawan
Bile malam kite salam

Ingat tak dulu
waktu makan
Ade ayam kecik 
Ade ayam besar
Kau amik yang besar
Sebab kau paling kecik

Ingat tak dulu
Bile aku buat salah
Laju kau lari
Mengadu dengan mak kau
Aku geram
Tak nak kawan kau
Bile malam kite salam

Ingat tak dulu
Bile aku nak balik rumah aku
Kau menyorok dalam bilik air
Kau menangis
Tak nak tengok aku pergi

Ingat tak dulu?

Nanti

Satu hari nanti
Aku akan lupakan kau
Macam kau lupakan aku

Satu hari nanti 
Aku akan betah tanpa kau
Tanpa kenangan kau
Tanpa bayangan kau

Satu hari nanti
Aku juga akan bahagia

Dan

Kau juga harus bahagia.

Friday, April 10, 2015

Jodoh

kalau dah bukan jodoh
buat lah ape pon
segunung emas  hantaran pon
ianya akan putus juga

kalau dah bukan jodoh
tercantik pon takkan memuaskan

kalau dah bukan jodoh
capaikan bintang pon takkan same dengan bulan

kalau dah bukan jodoh.
ianya akan putus juga.
buat lah ape pon.

Thursday, April 9, 2015

Sesuatu yang Hilang

Sesuatu yang hilang
Hilang kerana ketaksuban
Hilang kerana angkuh
Hilang kerana biadap

Mencari yang hilang itu
Diri aku

Lohong

pernah tak?
kau berapa di titik itu
tak tahu mane nak pegi

sesat

tapi kalau sesat mesti ade arah tuju
cuma sekarang kau tak ade arah tu
sesat dalam keramaian 
tak tahu ape dan kenape
tahu tahu kau ade di titik itu
nak patah balik pon kau tercari cari

macam berada dalam lohong
pernah tak?

Friday, April 3, 2015

Peluka Hati

Hei si peluka hati
Menyesal aku mengenali kau
Terkilan aku mencintai kau
Kau pergi waktu cinta sedang membukit
Meninggalkan himalaya cinta aku
Yang kini telah hancur meruntuh
Menimbus sayang aku pada kau
Menjerit tersesak nama kau
Hei si peluka hati
Aku terlalu benci 
Tapi terlalu rindu
Tak ingin aku maafkan kau
Tapi ingin aku luahkan
Aku cintakan kau