Thursday, November 12, 2015

Khamis

Kamu bertanya kepada aku
Apakah erti dicintai aku
Aku khabarkan kepada kamu
Apakah erti mencintai kamu. 

Hati aku bagaikan terjun di lautan cinta
Rindu aku berantai berombak gelora
Sayang aku berbuih di bibir pantai
Setia aku berkarang di dasar terdalam

Sehingga aku lemas didalam bahagia
Menjadi rela mati kerana cinta