Sanggupkah kamu mencintai aku,
Walaupun aku tak sesempurna fantasi kamu.?
Sanggupkah kamu menyayangi aku,
Walaupun kamu tahu aku tidak setaraf kamu?
Aku tahu.
Cinta mu teramat sempurna buat aku.
Gentar aku untuk mendekati hati kamu.
Takut aku untuk mencintai kamu.
Kerana cinta aku terlalu kuman berbanding cinta kamu.
Sanggukah kamu menerima aku,
Walaupun kamu sudah tahu semua ini?
Sunnguh aku sungguh terlalu takut untuk membalas cinta besar kamu.
Sanggupkah kamu merasa kekurangan itu,
Demi mencintai aku?
Thursday, December 4, 2014
Wednesday, December 3, 2014
Pejam lah sayang kolam airmata ku
Ewah sangat kan title post kali ni. Tu lah die nye. Bile malam je, jenuh nak tidur. Mate ni macam direndam gatorade. Segar bugar. Cube time tengah hari. Bergayut gayut setan kat alis mate tu.
Tido la Suheila tido la.
Tak yah keje.
Tak yah solat.
Semua tak yah.
Semua payah.
Hm.. Nak buat ape ye? Nak dengar DJ Lin kat radio, die pon dah balik dah ni. Nak buat sudoku. Macam malas. Nak bace novel antu. Rase takut. Nak bace novel cinta. Nanti sedih. Sebab tak ade boyfriend. Haha. Erm.. Tgk utube bes jugak. Tapi video ape? Haha
Eyh. Banyak songeh pulak kan. Bebaru ni, aku suke tgk videos by VICE. Menarik menarik. Aku suke cite cite macam tu. On the spot punye cerita.
Tadi lepas maghrib aku tgk video pasal 43 students in Mexico hilang tah mane after their buses to this particular event ditahan n raided by the police. Ade gunshots bagai. N video Vice ni about the investigation la. Proses nak cari. Demo lagi since gov dierunk buat tak tahu. Instead of trying to find those poor students, they just declared the students are dead gitu. Then kite dpt tgk la ape parents stundents yang hilang tu buat. Eyh jap. Panjang pulak perenggan ni. Haha
Ah. Tgk sendiri lah. Haha.
Oh. Mengatuk lah. Huaaa
*menguap. Tutup mulut. Nanti setan masuk.*
Tuesday, December 2, 2014
Sunday, November 30, 2014
Bosan
Bosan menghimpit.
Ambil gitar lalu ku petik petik.
Bunyi yang keluar sangat jelik.
Aku lupe. Main gitar tak berape nak cerdik.
Kisah Kekasih Itu
Lenakah tidurmu kekasihku?
Akukah didalam mimpimu?
Terbuai dengan memori itu
Saat kite mule mule bertemu
Ingatkah lagi kekasihku?
Apa yang engkau ucapkan dulu
Cinta mu hanya satu
Dan ia hanya untuk ku
Mengapakah ini berlaku?
Kini kau berubah laku
Tiada lagi cinta untuk ku
Kau pinta putus dengan ku
Oh kekasihku
Walaupun bukan dengan aku
Tetap ku harap kau bahagia selalu.
Friday, November 28, 2014
Tak Tahan
Lorong padat tetap berarus
Tidak tahan tidak ku tahan
Ingin menyimpang tapi ia tutup
Tutup kerana ia sudah penuh
Cepat laju cepat sampai
Tidak tahan tidak ku tahan
Sesampai destinasi terus ku luru
Ahhh lega.
Seronok rasenye dapat ku lepaskan
Seronok rasenye bile dah kencing
Wednesday, November 26, 2014
Sepi dan Ceria
Sepi dan Ceria. Dua gadis berbeza. Wajah yang sama. Si kembar bersaudara.
Sepi dan Ceria. Selalu bersama. Sempurna berdua. Berpisah tiada.
Tanpa Sepi, Ceria tidak akan bersyukur. Tanpa Ceria, Sepi akan jatuh tersungkur.
Sepi dan Ceria. Si kembar bersaudara.
Mat Rempit
Hei mat rempit
Bunyi ekzos kau bingit
Bau tayar kau hangit
Pulas laju macam pelesit
Bile jatuh kau yang tersepit
Baru kau tahu tingginya langit
Tuesday, November 25, 2014
Roda Kehidupan
Sinonim sebagai manusia. Suka akan yang cantik dan indah. Suka yang manis manis.
Nak yang hebat hebat. Mahu yang bagus bagus. Ingin yang wangi wangi
Habis tu, Yang buruk, bodoh, sengal, busuk, pahit tu nak campak kemana?
Mahu ditolak kemana? Kiri? Kanan? Bawah? Atas?
Lupakah kau hidup ini ibarat roda?
Arah mana pun jalan kau tuju pasti kau ketemu lopaknya.
Ape perlu kau lakukan?
Redha. Hadapi semuanya. Teruskan putaran rodamu.
Putar halim.
Saye nak selesaikan.
KEHIDUPAN
Subscribe to:
Posts (Atom)