Sunday, November 30, 2014

Bosan

Bosan menghimpit. 
Ambil gitar lalu ku petik petik. 
Bunyi yang keluar sangat jelik. 
Aku lupe. Main gitar tak berape nak cerdik. 

Kisah Kekasih Itu

Lenakah tidurmu kekasihku?
Akukah didalam mimpimu?
Terbuai dengan memori itu
Saat kite mule mule bertemu

Ingatkah lagi kekasihku?
Apa yang engkau ucapkan dulu
Cinta mu hanya satu
Dan ia hanya untuk ku

Mengapakah ini berlaku?
Kini kau berubah laku
Tiada lagi cinta untuk ku
Kau pinta putus dengan ku

Oh kekasihku
Walaupun bukan dengan aku
Tetap ku harap kau bahagia selalu. 

Friday, November 28, 2014

Tak Tahan

Lorong padat tetap berarus
Tidak tahan tidak ku tahan
Ingin menyimpang tapi ia tutup
Tutup kerana ia sudah penuh
Cepat laju cepat sampai
Tidak tahan tidak ku tahan 
Sesampai destinasi terus ku luru

Ahhh lega. 

Seronok rasenye dapat ku lepaskan
Seronok rasenye bile dah kencing

Wednesday, November 26, 2014

Sepi dan Ceria

Sepi dan Ceria. Dua gadis berbeza. Wajah yang sama. Si kembar bersaudara. 

Sepi dan Ceria. Selalu bersama. Sempurna berdua. Berpisah tiada. 

Tanpa Sepi, Ceria tidak akan bersyukur. Tanpa Ceria, Sepi akan jatuh tersungkur. 

Sepi dan Ceria. Si kembar bersaudara. 

Mat Rempit

Hei mat rempit 
Bunyi ekzos kau bingit
Bau tayar kau hangit 
Pulas laju macam pelesit
Bile jatuh kau yang tersepit
Baru kau tahu tingginya langit

Tuesday, November 25, 2014

Roda Kehidupan

Sinonim sebagai manusia. Suka akan yang cantik dan indah. Suka yang manis manis. 
Nak yang hebat hebat. Mahu yang bagus bagus. Ingin yang wangi wangi
Habis tu, Yang buruk, bodoh, sengal, busuk, pahit tu nak campak kemana? 
Mahu ditolak kemana? Kiri? Kanan? Bawah? Atas? 
Lupakah kau hidup ini ibarat roda?
Arah mana pun jalan kau tuju pasti kau ketemu lopaknya. 
Ape perlu kau lakukan? 
Redha. Hadapi semuanya. Teruskan putaran rodamu. 

Putar halim.
Saye nak selesaikan. 
KEHIDUPAN

Monday, November 24, 2014

Cinta itu Dadah

Bagi aku cinta itu dadah
Pencinta itu adalah penagih
Penagih akan bahagia saat cinta itu banyak
Terlalu banyak cinta pula akan menggiankan
Sehinggalah
Saat cinta itu habis
Saat cinta itu tiada
Engkau akan menderita
Menjerit jerit dalam kesepian
Cinta itu adalah dadah
Dan aku adalah penagih

Sunday, November 23, 2014

Penantian

Tetap menanti disini.
Penantian yang kurasakan beribu tahun lamanya.
Tidak jua ku temu tujunya.
Bagaikan seekor burung yang tidak berkaki.
Terus terbang tanpa henti.
Apekah yang kucari selama ini?
Apakah ertinya penantian ini tanpa pengertian?
Oh Tuhan.
Janganlah Kau biarkan aku sesat dalam pencarian.
Janganlah Kau biarkan aku lemah tanpa harapan.
Oh Tuhan.
Ku mohon.

Saturday, November 22, 2014

LEPAK

Semalam aku lepak dalam bilik.
Sambil lepak, aku teropong aku yang dulu..
Waktu-waktu pahit, manis, dan hambar.
Adakah memori aku itu lebih banyak hitamnya dari putih?
Adakah aku terjatuh dalam golongan yang suci hatinya?
Atau aku memang patut disisih ketepi tanpa dipedulikan?

Friday, November 21, 2014

MASIH LAGI

Hari ini teringat lagi
Saat engkau melangkah pergi
Memori ini marak berapi
Tak mungkin dapat ku padam lagi.

Tuesday, November 18, 2014

Rase Nak Pitam

Bile hati penuh dengan daki dendam. 
Semua yang indah akan nampak hitam. 
Tiada garis senyuman hanya muke masam. 
Aku yang tengok pun rase nak pitam. 

Sunday, November 9, 2014

'Blog?! Whattt.... tu sangat yesterday okayy.'

Aku bukan lah seorang penulis.

Setiap tulisan aku selalu nya datang dengan tibe tibe beserta dengan rasa rajin untuk menaip
Buktinya, blog ini saja.
Jarang sekali aku update isi blog ini.
Hanya ada tika dan masa sahaja.
Setiap post aku pulak semuanya random. Tiada khusus temanya. Tidak juga ada timeline-nya.
Peraturan penulisan pon aku tak ikut. Semuanya ikut sesedap rasa hati aku.

Jadi, aku bukan lah penulis.
Aku hanya satu orang yang ade hobi nak menaip kerana bunyi keyboard ditekan menyenangkan telinga aku. Itu saja.

Adakah itu membuatkan aku seorang wannabe?
Hanya kerana poyo konon 'aku ade belog' seperti fynn jamal.
Yang cube publish post post cool bajet puitis yang bahasanya kurang sikit indahnya?

Nahhh.

Tidak jugak. Aku update post post yang ada dalam blog ni pon sebab aku rase ianya worth it untuk aku baca kemudian hari.
Tu saja.

Kalau korang rase 'Blog?! Whattt.... tu sangat yesterday okayy.'

Heh. Sukati kau lah. Janji kat setiap post aku. Takde 'visit my ig'

Friday, November 7, 2014

HEBAT

Memang aku tak hebat.
Engkaulah yang hebat
Kalau nak dibandingkan langkah aku yang setapak ini
Haruslah ianya lebih terkebelakang dari langkah
Beribu engkau
Ye.
Kau lah yang terhebat
Aku tepuk tangan untuk kau.
Tahniah.

*clap*
*clap*
*clap*