Sunday, November 9, 2014

'Blog?! Whattt.... tu sangat yesterday okayy.'

Aku bukan lah seorang penulis.

Setiap tulisan aku selalu nya datang dengan tibe tibe beserta dengan rasa rajin untuk menaip
Buktinya, blog ini saja.
Jarang sekali aku update isi blog ini.
Hanya ada tika dan masa sahaja.
Setiap post aku pulak semuanya random. Tiada khusus temanya. Tidak juga ada timeline-nya.
Peraturan penulisan pon aku tak ikut. Semuanya ikut sesedap rasa hati aku.

Jadi, aku bukan lah penulis.
Aku hanya satu orang yang ade hobi nak menaip kerana bunyi keyboard ditekan menyenangkan telinga aku. Itu saja.

Adakah itu membuatkan aku seorang wannabe?
Hanya kerana poyo konon 'aku ade belog' seperti fynn jamal.
Yang cube publish post post cool bajet puitis yang bahasanya kurang sikit indahnya?

Nahhh.

Tidak jugak. Aku update post post yang ada dalam blog ni pon sebab aku rase ianya worth it untuk aku baca kemudian hari.
Tu saja.

Kalau korang rase 'Blog?! Whattt.... tu sangat yesterday okayy.'

Heh. Sukati kau lah. Janji kat setiap post aku. Takde 'visit my ig'

No comments: