Sunday, February 7, 2016

Aku Teringin Sushi Sekarang Ni

Ape kena dengan sushi? 

Haha. Takde kene ape ape. Aku yang kene demam sushi ade la. 

Aku dolu dolu cam disgusted dengan sushi. Ewww sangat. Dalam otak aku. Makanan berunsurkan daging protein mentah adalah BIG NO NO for me. Phui geli siaaaa. 

Then one day mase girls day out.  Kengkawan aku (geng ayam) buat undi secara demokrasi nak makan kat mane. Well... Tajuk cite pon sushi kan. So haruslah cite die, dorang menang majoriti. 

Pegi la makan sushi. 

Dorang kata "sedap la sushi. Try la. Try makan piri piri ciken. Bukan semua sushi tak masak. Mesti lepas ko try ko suke punye lah."

Betol kate dorang. Aku terus suka. Jatuh tergolek berguling guling cinta terhadap sushi. 

Bermula la episod aku makan sushi. Dan lagi. Dan lagi. Hingga tah keberapa kali pun aku tak ingat. 

Sekarang aku dh boleh dh makan salmon yang tak masak tu. Hewhewhew. Sedapnye. (Menjejeh la pulak eilio aku)

Tempat aku slalu makan sushi adalah sushi king. Sebab cam murah sket dibandingkan resto sushi lain. 

Cuma kalau terdesak teringin nak makan sushi ke baru aku beli yang kat AEON tu. Hehehe. Tu pon aku amik tuna mayo je kot. 

Makan sushi ni, yang buat sedap tu adalah kicap ngan wasabi die. Perghhh. Naik ke hidung weyh. 

Kenapa aku tulis pasal sushi? 

Sekarang jam pukul 2:43 am. Hari ahad 7/2/16. Aku rasa nak makan sushi sekarang. Ngeng. 



3 pinggan kat atas tu adalah fav aku. Golden ball. Lidah baby dengan salmon ape tah name die. Hahaha. Kata fav kan. Tapi tak igt nama. Huhu. 


Yang dalam pinggan petak ni menu baru sushi king. Muak sikit la bagi aku. Tapi okay je. Cicah dengan wasabi takde la muak sangat. Mungkin mase tu perut aku dah sendat. Hahaha. 


Saturday, February 6, 2016

Charlie dan Tahi Lembiknya

Hari ni aku nak cite pasal kucing aku Charlie.

Ini cuma cerita kosong je. Takde pengajaran. Aku tulis sebab seminggu ni, Charlie buat aku bengang. Haha. Berak merata. 

Pehal lah. Stress siot tengok taik die. Stress sebab taik die lembik. Jenis keras tu ok la lagi. 

Aku suspect die sakit perut. Tapi adik die Naomei ok je. Makan benda yang same. Taik Naomei elok je keras lonjong. 

Minggu ni memang la menguji betul. 

Macam pagi tadi, aku bukak je pintu bilik aku. Tu dia~ 3 slepet taik kat muka pintu. 1 tu elok landing atas lapik kaki. 

Terus pening dengan bau die. Charlie lak dok nyorok nyorok. Phui. Tahu die buat salah. Tapi buat jugak. Siot je. 

Tengah hari tadi pun same. Berak dalam kaunter. Charlie nya elok je tido tepi korak duit. Hampeh. Selambe je die. 

Taik pulak bau bangkai. Argh! Stress.

Malam ni kamu tido luo Charlie.







Friday, February 5, 2016

Pasar Malam

Hari Jumaat memang antara hari yang aku suka. Sebab pada hari Jumaat, kat kawasan rumah aku ade paso malam. Hehehe

Selalunye kalo pergi paso malam mesti aku beli nasi goreng sambal rm2.00. Jagung cup rm2.50. Ni dua memang wajib r aku beli. 

Dulu dulu mase aku memula pindah sini aku beli nasi kukus. Sedap weyh. Dulu aku beli sebab rm5.00 je. Tapi sejak die naik harga jadi rm6.00 aku dah tak beli dah. Hahaha. 

Mahal weyh. Bagi aku la. Lagipon skang dah ade nasi goreng sambal rm2.00. Murah dan banyak. 

Aku pergi paso malam slalu ye kol 6.30pm. Redup sket kan. On the way balik dari paso malam aku beli air kat kedai Aniq's Corner. Rm1.80 sebungkus ikat penuh. 

Ni memang menu aku tetiap hari Jumaat. 

Point aku cite pasal paso malam hari ni sebab hari ni hujan lebat. Tak dapat pegi lagi. I is sedih. 

Thursday, February 4, 2016

Bapak

Bapak. Semua orang ade bapak. Tapi tak semua ade pengalaman ada bapak. Macam aku. Aku ada bapak dan ada pengalaman ada bapak. 

Bagi aku bapak aku macam bapak bapak lain. Cuma bapak aku tak la rajin nak tanam bunga macam bapak orang lain. Tak rajin nak masak macam bapak orang lain. Heh. Seumur hidup aku (29 tahun ketika aku menulis post ini) tak pernah aku tengok bapak aku masak. 

Sumpah. Tak pernah. Masak air pun aku tak pernah tengok wey. 

Bapak aku juga bukan macam bapak orang lain. Cuci kereta di hari cuti. Bah kan. Kalo nak cuci ke kedai pun, abang aku yang pergi. Bapak aku juga tak pernah pergi ke paso sepanjang waktu die masih bekerja. Bile dah pencen baru rajin nak bawa mak aku pergi paso. Bile die pencen juga, baru aku dapat lihat die basuh pinggannya sendiri.

Bile baca mesti korang kata, gile la bapak ko kat rumah. Malasnye. Memang malas. Tapi ade satu hal yang die rajin. Bapak aku rajin beli kfc. Tapi mesti beli take away. Bapak aku jenis makan kat rumah. Makan tu pulak, mesti kene sama sama. Duduk kat meja makan. Pastu die suka buat lawak yang die sendiri tak sedar die tengah buat lawak. Aku hanya mampu ketawa hambar sebab kalo ketawa lebih mesti kene marah.

Bapak aku peminat barang antik. Kalau kitorang travel. Mesti die nak pegi tempat jual barang antik. Especially keris. Senjata warisan memang kesukaan die. Bapak aku jugak jenis suka bazir duit. Aku pon tak paham kenapa kadang kadang die beli bende yang die sendiri tak guna. Hahaha. Jangkit dari mak aku kot. 

Kalau aku balik (seminggu sekali), harus lah aku kene ceramah. Tak kesah la pasal ape. Ade je lah yang bapak aku nak bebelkan. Selalunye para mak yang suke membebel. Tapi kalau kat rumah aku, bapak aku winner membebel. Haha. Die memang suke membebel. Since aku dah terbiasa kene bebel, aku ok je. Kadang kadang rase rindu nak kene bebel aku balik la rumah. Haha. Pastu sentap jap. Tapi ok je. Hahaha. 

Sengaja post kali ni aku tulis tentang bapak yang aku kenal. Sebab mungkin nanti aku kene penyakit dementia atau kehilangan ingatan. Boleh aku bace balik. 

Neway, siapa tak sayang parents kan. Mungkin ade la. Tapi kecik sangat kelompoknye. Aku di dalam kelompok yang besar. Majoriti. Takpe. Aku tak hadap nak jadi rare. Haha 

Aku sayang bapak aku. 

Tuesday, January 19, 2016

Gelabah

Aku ada satu perangai yang cepat gelabah. Contoh bile nak xm. Bile nak bercuti jauh. Macam rasa tak siap. Rasa macam tak ready. 

Umur aku dah 29 tahun. Sepatutnya aku tak perlu gelabah lagi. Tapi tak. Alkisahnya hari Rabu ni aku nak bukak pop up booth kat depan sekolah. Well... Aku gelabah skang ni. Risau kene halau. Hawau betul lah. 

Seminggu lalu aku ckp kat abg aku "kalo kene halo orang balik je le". Dengan yakin dan selambe aku ckp kat die macam tu. Tapi skang tak. Aku rase gelabah pulak. Takut pun ade. Aisemen. Pls la nanti jangan kene halau atau kene sound. Hmmph! Gambatte. 

Saturday, January 9, 2016

Hujan Terik

Apabila panasnya terik
Aku jadinya rindu pada hujan
Begitu pula halnya jika terjadi yang sebaliknya
Ya. Begitu lah aku
Seorang manusia biasa
Yang selalu mahukan yang tiada. 

Sunday, January 3, 2016

Azam

Hari ini sudah masuk hari ke-3 tahun 2016. Ah.... Orang orang masih lagi bicara tentang azam. 
Apa... 
Azam itu perlu jika menginjaknya kita ke tahun yang baru? 
Apakah signifikasi nya azam itu dalam hidup kita? 
Bukankah azam itu adalah niat? Niat yang tekad. 
Apakah kita tekad dengan azam yang kita laungkan?
Sejauh manakah azam itu mendorong kita?
Atau... Ia hanya sebuah kata-kata supaya kita sebati dengan semua?

Saturday, January 2, 2016

Aman Si Gile Lumba

  Ini kisah tentang Aman. Aman adalah sejenis manusia yang suka berlumba. Sejak dari dalam bentuk sperma jua Aman sudah mula berlumba. Buktinya, Aman telah dilahirkan. Ya, Aman menang dalam perlumbaan itu.

  Apabila meningkat ke fasa merangkak, Aman sudah mula menunjukkan bakatnya. Dia berlumba dengan kucingnya, Leman. Selalunya Leman yang menang. Aman tidak putus asa. Aman terus mencuba. Sehingga lah ketika Aman sudah pandai tateh. Leman kecundang, kerana tersepit dicelah walker Aman. Ya, Leman mati. Aman menang nasib. 

  Pengalaman sedih itu tidak melunturkan semangat pelumbanya. Hadiah harijadi ke 4 tahun adalah paling bermakna diterima. Pemberian dari opahnya itu telah menyemarakkan lagi bara semangat pelumba didalam jiwanya. Sebuah basikal roda 3 beropol dihandle. Oh. Siap ada box (bakul) dibelakangnya. Bukan main sayang lagi. Sampai bawa tidur.

  Kali ini, Aman telah menggunakan sepenuh masa kanak kanaknya dengan berlatih kona baring. Tetapi agak payah sedikit. Yelah. Baru nak belajar kan. Tetapi Aman tetap fokus dengan latihannya. Habis pasu pasu bunga taik ayam ibunya dilanggar. Walaupun sudah berkali kali dimarahi. Aman apa peduli. Janji skill kona baringnya mantap melecur lutut. Begitu semangat sekali aman. 
Ibunya hanya mampu geleng kepala. Nama saja Aman, tapi tak pernah buat aku aman. Getus hati kecil seorang ibu. Sedih melihat pasu bunganya pecah berderai. 
Aman tak peduli itu semua. 

  Apabila tiba masanya roda 3 kepunyaan Aman di uprade kepada roda 2. Wekang sane. Wekang sini. Kalau budak lain kene kejar dengan anjing Uncle Raju. Tapi tidak Aman. Aman yang kejar anjing Uncle Raju ade la. Sehinggakan anjing Uncle Raju mengalami trauma kesurupan jika bertembung dengan Aman. Kesian anjing tu. 

  Ketika meningkat ke usia remaja 16 tahun, diwaktu jerawat mula tumbuh bagaikan taugeh subur. Abah Aman telah membawa sesuatu buat Aman. Kata abah Aman. Ni abah hadiahkan buat kau. Sempena pt3 kau yang 'cemerlang' sangat tu. Aman teruja dengan hadiah tersebut. Abah Aman telah membawa sebuah rangka EX5 untuk Aman. 
Terima kasih abah. Aman sayang abah. Kata Aman

  Walaupun hanya rangka sahaja dan siap kena perli lagi, Aman tetap bersyukur. Malam tu. Aman updet momen. Bapak aku beli aku moto ex5. Kau hado?

  Aman raih 57 likes untuk momen tu. Komen ajak racing kat Latar pun ada. Sehaya itu, Aman merenung rangka ex5nya. Berhalusinasi akan tentang sejarah-sejarah yang bakal dilakar bersama-sama. Aman tersenyum lebar. 
Tak sabar nak bikin moto tu. 

   Berkat hasil usaha tulang empat lapan doblas kerat Aman dan 2 rakannya, moto rangka EX5 Aman berjaya dibaiki dari rangka ke isi. Aman berasa kagum dengan usahanya dan juga dengan pertolongan rakan-rakannya. Boleh la aku prektis skill cmni. Cayalah. Aman bercita-cita. 

  3 purnama Aman prektis tanpa rasa lelah. Weng saja kerjanya 24/7.

  Abah Aman mula terasa menyesal. Apa la nak jadi anak aku ni. Aku perli je. Skali die betul-betul daa. SPM pula la melingkup ni. 

  Abah Aman termenung jauh. Sejauh harapan ingin Aman menjadi dokto. Wow Pak Cik. Tinggi cita-cita. Kenapa Pak Cik tak blaja rajin dulu. Boleh jadi dokto. Ceh. Dasar bapak-bapak. 

  Kini Aman telah jadi King Latar. Nama Aman menjadi sebutan geng-geng roda 2. Aman berkira-kira nak jajah highway mana lagi. Selok-belok mana lagi nak dicacah jalannya dengan bekas tayar moto EX5nya. 

  Followers wechat Aman semakin meningkat jumlahnya. Mengalahkan followers Wak Doyok misai terlentik. Hari-hari ade awek mintak intro. Aman rasa femes sangat sekarang ni. Aweks keliling pinggang la katakan. Tapi moto EX5nya tetap menjadi pujaan hatinya. Seluruh perhatian tanpa belah bagi dicurahkan. 

  Budak satu taman dengannya memanggilnya dengan gelaran AmanHawk. Kerana kelajuan Aman memecut bagaikan helang membelah awan. Fuyooo. 

  Sehinggalah suatu hari itu. Budak taman seberang ajak race. Namanya Halim, tapi dia dikenali sebagai Halimunan, sebab konon lajunya sampai tak tertangkap dek mata kasar manusia. Laju sangat, kata geng dia lah. Yeke?... Dengar pun tahu tipu. Siapa percaya memang bodoh tak bertebing. 

  Bagi Aman, Halimunan langsung tak menakutkannya. Aman tidak gentar. 

  Ok. On. Bagi tempat ngan date. Aku sampai. Kata Aman kepada utusan Halimunan. Eleh. Tak takut lah ngan kau Halim. Ni AmanHawk lah. Awan pun aku belah tau. Ewah. 

  Orang lain seusia Aman bz study. Aman pulak bz dengan motonya. Aman Aman. Abah Aman tak sudah menggelengkan kepalanya. Apalah nasib aku. Kata hatinya. 

  Aman tak peduli itu semua. 

  Aman dah dapat date dan location. 16 September dekat Jalan kelapa sawit Ijok. Bagi Aman, jalan tu bagaikan makan koko krunch saja buatnya. Senang sangat. Belok belok je. Wow. Confident sungguh. 

  Tiba lah tarikh tersebut. Aman dengan gayanya yang sungguh yakin sudah bersedia untuk race. Begitu juga dengan seterunya Halimunan. Aweks cun bersusun tepi jalan memberi sorakan. Ajet-ajet cheerleaders berkulit tak berapa nak cerah. Gedik sungguh Aman tengok aweks tu semua. Aman rasa geram. Eyh. 

  Ini perlumbaan yang keberapa pun Aman tak ingat. Banyak sangat. Walaupun Aman yakin, tetap Aman berhati-hati. Fokus tak boleh lari. Memang Aman tidak gentar dengan Halimunan, tetapi itu bukan alasan untuk memandang rendah. 

  Perlumbaan bermula. Halimunan mendahului Aman. Wengggggggggg. Mereka berdua memecut laju. Jalan yang mereka lumba ini terlalu banyak selekohnya. Lori sawit pun selalu lalu jalan tersebut. Aman tetap pecut. Kini Aman pula mendahului Halimunan. Aman pandang belakang. Disengih-sengihkan giginya. Ajet gigi putih. 

  Aman perasan, Halimunan menunjukkan jari telunjuknya kehadapan. Cepat-cepat Aman menoleh kehadapan. Aman terkejut. Tak sempat mengelak. Hanya mampu memejamkan mata sambil menjerit. 

  Arggghhhhhh! Gedegang!!! 

  Aman mengalami pelanggaran. Hukum inersia yang dialami Aman sungguh kuat. Menyebabkan dia terpelanting. Dalam kepala Aman berkata. Babi punya lembu. Time ni lah kau nak melintas. Harammmmmm. 

  Lembu tersebut hanya luka kecil. Tidak pula bagi Aman. Kaki Aman patah. Wheelchair diperlukan untuknya bergerak. Setiap hari Halimunan melawat Aman. Kini mereka besfren forever. Mak Halimunan selalu bekalkan kuih koci. Aman memang suka makan kuih koci. Tahu-tahu saja mak Halimunan. Terima kasih Mak Halim. 

  Abah Aman hanya menggelengkan kepala saat melihat bil hospital. Ditatap wajah Aman seketika. Aman hanya tersengih macam kerang busuk. Kesian Pak Cik. 

  Aman tak peduli itu semua. 

  Di rumah, Aman masih lagi menggunakan wheelchair hospital untuk kemana-mana. Ya. Lumrah hidup pelumba. Apa sahaja yang mempunyai roda, ianya layak digunakan untuk berlumba. Kini seteru Aman adalah anak jirannya, Usop. Usop adalah seorang budak darjah 1. Apalah kau ni Aman. Ngan budak-budak pun boleh ajak lumba ke? Gila betul. 

  Ibu Aman hanya menggelengkan kepalanya. Gasak kau lah Aman. Tak serik-serik. 

  Halimunan menasihati Aman supaya jangan berlumba dengan Usop. Kata Halimunan. Kalau kau kalah, kau kalah ngan budak darjah 1. 

  Aman tak peduli itu semua. 

  Jiwa aku jiwa pelumba. Takkan kalah punya lah. Petang itu, Aman lumba dengan Usop. Disaksikan oleh kawan-kawan Usop. Siap record lagi dengan henfon. 

  Sudah tertulis di luh mahfuz. Aman tewas. Roda wheelchairnya kini gelong. 

  Abah Aman rasa macam nak sekeh je kepala Aman. Tentu pihak hospital akan meminta ganti rugi diatas kegelongan roda wheelchair yang dipinjam. Aman Aman. Abah Aman hanya menggelengkan kepala. 

  Aman tidak peduli itu semua. 

  Video Aman kalah dengan Usop kini mendapat hit 1267 tontonan di utube. Belum lagi dikira shared video di facebook. Banyak sangat. Aman benar-benar femes. 

  Kini nama gelaran Amanhawk sudah bertukar kepada AmanCha. Perlahan-lagan kaki Aman semakin sembuh. Wheelchair yang dipinjam dari pihak hospital sudah dipulangkan. Nasib baik ayamma tu tak perasan roda dah gelong. Lantak kau lah ayamma. Abah Aman rasa selamat. 

  Oleh kerana tinggal lagi sebulan Aman nak SPM. Aman gunakan masa yang tersisa dengan menelaah buku teks. Nasib baik awek kelas Aman ada buat notes. Aman pinjam sahaja. Waktu ini, ibu dan abah Aman terasa bahagia dan aman. Sejuk perut ibu yang mengandung. 

  Setelah habis SPM. Abah beri Aman duit untuk buat lesen moto dan kereta. Kata Abah. Sekurang-kurangnya kau tak mati katak nanti. Wow. Considerate sungguh abah Aman. 

  Perangai berlumba Aman masih lagi tidak surut. Ade ke dia ajak cikgu memandu dia, Cikgu Meden, race masa berlatih. Cikgu Meden hanya menggelengkan kepala. Apa nak jadi dengan anak murid aku ni. 

  Aman cemerlang flying colours dalam ujian memandu. Walaupun telah melakukan 3 kali ulangan. Siapa suruh buat wekang masa JPJ test. Memang gagal lah. Tetapi Pak Cik JPJ tabik dengan Aman. Aman berjaya melakukan wekang di atas titi 7 meter. Memang hebat. Calon-calon yang lain semuanya bertepuk tangan sambil mulut terlopong bak Gua Musang. Aman terasa bangga dalam kegagalan. 

  Tapi kini, Aman telah lulus dan telah menjadi salah seorang rakyat pemegang lesen P. Kata Aman. P for pelumba. Wow Aman memang pandai. Sel otak Aman berhubung dengan jayanya. 

  Orang pertama yang Aman beritahu dia lulus ujian adalah ibu dan abahnya. Kemudian diikuti Halimunan. Sesudah itu, seluruh warga contact list Aman di wechat mengetahui berita gembira tersebut. Beratus ucapan tahniah Aman terima. Aman rasa terharu. 

  Sementara Aman menunggu keputusan SPM keluar, Aman bekerja di kedai moto Abg Amin. Memang Aman di kuli batak kan oleh Abg Amin. Semuanya kalau boleh hendak Aman yang buat. Tapi Aman tak kesah. Sebab Aman tahu, dia dapat ilmu dari pengalaman. Aman redha Abg Amin. 

  Semua moto rakan-rakannya, Aman tolong bikin. Sebut saja nak macam mana. Aman akan laksanakan. Nak laju macam cheetah Aman boleh buat. Nak perlahan selaju siput sedut Aman juga boleh buat. Sebut je. Hatta kalau nak laju sebanyak 46km/j pun Aman boleh. Sebut je. Semua boleh. Malaysia boleh. 

  Ilmu melabukan moto telah Aman mastered. Boleh dikatakan kalau Aman buka bengkel moto. Kompem berderet-deret moto ambik nombor giliran. 

  Keputusan SPM pun keluar. Orang kalau belajar sebulan, result pun macam sebulan je. Tapi Aman genius, abah Aman hana menggelengkan kepala kerana tidak percaya. Pasti anak aku ni meniru. Bawa toyol masuk dewan. Naluri seorang abah meramal. Aman lulus periksa 8A dalam tangan. Wow. 

  Rakan-rakan Aman rasa mungkin Aman telah menjadi genius selepas pelanggaran dengan lembu. Otak lembu Aman selama ini telah menemui tuannya yang sebenar ketika pelanggaran itu. Maka otak Aman kini bebas lembu. Tu sebab dapat banyak A. 

  Ibu Aman buat pulut kuning minggu tu. Tanda kesyukuran di atas kecemerlangan Aman. Aman ajak rakan-rakannya datang rumah. Malam itu rumah Aman macam ada kenduri. Riuh benar. 

  Selang beberapa minggu, Aman menerima tawaran sambung belajar di institusi pengajian tinggi. Bertambah lagi lah kegembiraan ibu dan abah Aman.

  Untuk seketika Aman telah terlupa akan jiwa pelumbanya. Kini Aman berlumba untuk menjadi cemerlang dalam pelajaran. Oleh kerana Aman begitu gigih menimba ilmu di telaga, abah telah hadiahkan Aman dengan sebuah kancil merah lampu petak. 

  Masa abah Aman nak hantar kancil merah lampu petak kepada Aman, ibu Aman telah menampal beberapa reben jurai-jurai di setiap pintu kereta. Lagak kereta pengantin pula. Tapi kancil lah. Bukan cedis atau vovo atau bm atau rorois. Kancil Aman tetap nampak menawan meluncur jalanraya bersama reben jurai-jurainya. 

  Semua pemandu kereta yang lain memandang dengan senyuman. Apa makna senyuman mereka itu abah Aman tidak peduli. Yang pasti senyuman di wajahnya ketika itu adalah senyuman seorang abah yang bangga. 

  Pak Gad pintu pagar asrama Aman pun senyum juga. Ada yang dapat hadiah ni. Syoknye. Eyh. Pak Gad pulak yang syok. Heboh rumet Aman. Aman dapat keta Aman dapat keta. Kata mereka. Aman yang baru keluar dari tandas terpinga. Pehal rumet aku. Gile. 

  Tululut. Tululut. Henpon Aman berdering. 
Aman angkat. Aman cakap. Aman letak. Aman pakai baju meluru ke ruangan parking. 

  Aman nampak ada sebuah kereta kancil merah lampu petak. Tapi tidak nampak kelibat abahnya. Aman tercari-cari. Eyh abah ni. Main sorok-sorok ke?  

  Seperaiissss. Abah Aman melompat dari tepi kereta ala-ala budak pompuan main zero poin. Aman terkejut. Pehal abah ni. Gile. 

  Ini abah hadiah buat Aman. Jangan buat lumba pula. Pesan abah Aman petang tadi di kedai makan Dulang Mas. 

  Malam tu Aman dan rumetnya pergi berjimba dengan kereta kancil lampu petak. Bukan main seronok lagi mereka semua. Ronda-ronda sekitar Shah Alam. Lalu saje depan bus stand 2. Bukak tingkap. Sweet-sweet awek tunggu bas. Cis. Perangai.

  Sayang Aman pada kereta kancil lampu petaknya tidak berbelah-bahagi tolak darab. Setiap pagi Aman akan mengelap kereta kancil lampu petak pemberian abahnya. Aman bangga kerana abahnya selalu buat Aman gembira, walaupun Aman kerap buat abah geleng kepala. 

  Pada suatu hari di library, sedang Aman stadi dengan aweknye Normala. Mereka didekati oleh sesosok abang sado. Luqman. 
Luqman duduk disebelah Aman. Aman memandang Luqman. Yes?!. Wah. Aman bicara Inggeris. Luqman mahu memastikan itu adalah Aman. Aman mengangguk kepalanya. 

  Normala melarang Aman untuk berlumba dengan Luqman. Kata Normala. U kan tak biasa lumba keta ni. Jangan lah. Sayang juga awek Aman pada Aman. 

  Tetapi Aman telah buat deal dengan Luqman. Tempoh untuk berlatih adalah 3 bulan. Kerana itu Aman berani untuk bersetuju dengan pelawaan Luqman. 

  Pada hari minggu itu, Aman memandu kancil merah lampu petaknya ke bengkel rakannya. Kancil merah lampu petaknya perlu di grooming sebelum berlumba. Biar mantap performance nya nanti. Aman sudah bajet, jika setiap minggu Aman berlatih. Tentu dia punya peluang untuk menang. Dan paling penting, seminggu sebelum perlumbaan, kancil merah lampu petak nya harus dalam keadaan tip top. 

  Tibalah hari perlumbaan antara Aman dan Luqman. Pertama kali Aman berasa gemuruh amay sangat. Ye lah. Tak penah lumba keta kan. Haruslah gabra goga. Luqman yang sememangnya terkenal dengan skill lumba keta hanya diam sahaja. Takde pula dia nak blagak hebat depan Aman macam pelumba bbnu yang lain. Aman hormat Luqman. 

  Vroom vrooom vrooooom. Minyak ditekan. Kemain bunyi ekjos kancil merah lampu petak Aman. Ada awek berdiri ditengah jalan memegang bendera get set go. Bile bendera yang berkibar diturunkan berdesut kancil merah lampu petak pegi. Macam road runner. 

  Mula-mula Aman berada di depan kereta Luqman. Lepas tu Luqman pulak. Masing-masing potong memotong kaedahnya. Dalam hati Luqman berkata. Hebat jugak budak Aman ni. Memang pelumba dia ni. 

  Lumba lumba punya lumba. Luqman menang. Aman tewas tipis sekangkang kera sahaja. Sipi sangat. Walopon begitu,
Aman tidak berputus asa. Aman terus juga dengan latihan kereta. Setiap minggu Aman akan berjumpa dengan geng kereta nya untuk memantapkan lagi pengetahuannya tentang kereta dan skill berlumba. 

  Setiap kali Aman pula g ke rumah juga Aman akan prektis skillnya di dalam perjalanan pulang. Aman akan catit masa yang diperlukannya untuk sampai ke rumah. Dan setiap kali Aman catit, masa yang diperlukan semakin berkurang. Sehingga lah dari sejam diperlukan sepatutnya sebagai pemandu berhemah, Aman hanya memandu selama 15-20 minit sahaja. 

  Setiap bulan pula, Aman pasti akan menyertai perlumbaan yang dianjurkan. Haram yang pastinya. Ada yang Aman menang dan ada juga yang Aman kalah.  Bagi Aman, adat la kalah menang ni. 

  Tiba lah sudah di mana Aman habis belajar dan bergelar graduan. Aman apply job kat proton. Alhamdulillah Aman diterima. Aman kini sudah jadi budak Proton. 

  Di Tg Malim, Aman buat kawan baru. Kebanyakan kawan baru Aman semuanya minat berlumba juga. Aman rasa seronok. 
Tiap kali ada masa terluang di waktu petang, Aman dan kawan-kawannya lepak kedai makan depan UPSI. Nak usha awek. 
Oh. Aman dah tak kawan dah dengan Normala. 
  
  Pada satu hari, Aman pulang ke rumah ibu dan abahnya. Otw tu, ade la satu keta ni. Cucuk-cucuk dari blakang. Pastu remp remp enjin. Jilaka. Kata Aman. Tapi Aman masih waras, Aman masuk lorong kiri, beri laluan kepada Jilaka memotong. Eyh. Eyh. Dan dan tu juga la Jilaka masuk lorong kiri. Pehal Jilaka ni. Saje bikin aku panas lah. Ah. Lantak kau lah. Dodok lah kau kat bontot aku. Aman buat tak reti je. Jilaka masih lagi perangai cam sial. Hati Aman makin panas. 

  Tibe-tibe, Aman memecut laju. Kau nak lumba ye Jilaka. Jom kita lumba. Suara radio dimatikan. Aman lebih suka dengar bunyi kancil merah lampu petaknya. Kemain Jilaka ni, ikut dekat je blakang Aman. Tapi tidak memotong. 

  Apehal ngan Jilake ni. Dek kerana Aman lebih memikirkan hal nyawanya dan belumnya dia berkahwin. Aman membatalkan niat untuk terus berlumba. Tak boleh layan Jilake ni. Macam nak buat aku eksiden je. Gile. 

  Aman memperlahankan kancil merah lampu petaknya. Aman membuka tingkap. Aman mengeluarkan tangannya. Memberi isyarat suruh memotong. Bila Jilaka memotong Aman, dan Jilaka memandang ke arah pemandu. Cis. Abah rupanya. Eyh. Abah bawak keta siapa tu?

  Sampai je Aman dan abah di rumah. Aman tanya abah. Tu keta siapa abah? Tu keta abah lah. Ingat kau sorang je suka lumba? Ni tadi, baru balik race la. Tu yang bila nampak kamu tu abah semangat. Skali kamu give up daaa. Abah lumba dengan siapa? Aman tanya abah. Abah Aman senyum. Abah lumba dengan kapal terobang. Lalu atas keta tadi. Tapi abah kalah. Dia lagi laju.

  Kini giliran Aman pula geleng kepala.