Sebagai rakyat yang hidup dalam lingkungan sederhana.
Semacam ada satu henyakan yang terperosok menyesak dada.
Aku ingin saja berteriak kuat melepaskannya.
Pasti akan bingit telinga yang mendengarnya.
Melihat akan kehidupan aku kini. Bersyukur itu pasti.
Lebih pasti lagi jika ingin lebih dari ini.
Lemas dalam ekonomi yang dikongkong politik.
Aku. Seorang rakyat. Pasti juga rakyat yang lain seperti aku.
Berusaha untuk secebis tapak ditanah untuk tegak berdiri.
Berusaha untuk tidak ketinggalan melihat dunia.
Tapi.
Terus juga ditindas oleh anjing-anjing politik.
Rakus menyantap nasi diperiuk kami.
Si Kapitalis hanya menyandar menonton drama ini.
Drama bisu yang penuh emosi.
Rakyat harus ada keberanian untuk punya dialog.
Melawan nyalakan anjing-anjing ini.
Rakyat harus tegak menentang.
Bukan anarki. Cuma mahu didengari.
Cukup. Rakyat sudah muak dengan suapan penipuan.
Sudah cukup.
No comments:
Post a Comment