Thursday, December 4, 2014

Sanggupkah

Sanggupkah kamu mencintai aku,
Walaupun aku tak sesempurna fantasi kamu.?
Sanggupkah kamu menyayangi aku,
Walaupun kamu tahu aku tidak setaraf kamu?

Aku tahu.
Cinta mu teramat sempurna buat aku.
Gentar aku untuk mendekati hati kamu.
Takut aku untuk mencintai kamu.
Kerana cinta aku terlalu kuman berbanding cinta kamu.

Sanggukah kamu menerima aku,
Walaupun kamu sudah tahu semua ini?

Sunnguh aku sungguh terlalu takut untuk membalas cinta besar kamu.
Sanggupkah kamu merasa kekurangan itu,
Demi mencintai aku?

Wednesday, December 3, 2014

Pejam lah sayang kolam airmata ku

Ewah sangat kan title post kali ni. Tu lah die nye. Bile malam je, jenuh nak tidur. Mate ni macam direndam gatorade. Segar bugar. Cube time tengah hari. Bergayut gayut setan kat alis mate tu. 

Tido la Suheila tido la. 
Tak yah keje. 
Tak yah solat. 
Semua tak yah. 
Semua payah. 

Hm.. Nak buat ape ye? Nak dengar DJ Lin kat radio, die pon dah balik dah ni. Nak buat sudoku. Macam malas. Nak bace novel antu. Rase takut. Nak bace novel cinta. Nanti sedih. Sebab tak ade boyfriend. Haha. Erm.. Tgk utube bes jugak. Tapi video ape? Haha

Eyh. Banyak songeh pulak kan. Bebaru ni, aku suke tgk videos by VICE. Menarik menarik. Aku suke cite cite macam tu. On the spot punye cerita. 

Tadi lepas maghrib aku tgk video pasal 43 students in Mexico hilang tah mane after their buses to this particular event ditahan n raided by the police. Ade gunshots bagai. N video Vice ni about the investigation la. Proses nak cari. Demo lagi since gov dierunk buat tak tahu. Instead of trying to find those poor students, they just declared the students are dead gitu. Then kite dpt tgk la ape parents stundents yang hilang tu buat. Eyh jap. Panjang pulak perenggan ni. Haha

Ah. Tgk sendiri lah. Haha. 
Oh. Mengatuk lah. Huaaa 

*menguap. Tutup mulut. Nanti setan masuk.*


Tuesday, December 2, 2014

Hempas

Hamparan laut biru dimata
Indah tenang hati terasa
Namun ia juga bergelora
Ombak menghempas hancur semua

Ingin

Daun nyiur ditiup bayu
Melentok lentok dibuai angin
Aku disini setia menunggu
Walaupun aku belum kau ingin

Sunday, November 30, 2014

Bosan

Bosan menghimpit. 
Ambil gitar lalu ku petik petik. 
Bunyi yang keluar sangat jelik. 
Aku lupe. Main gitar tak berape nak cerdik. 

Kisah Kekasih Itu

Lenakah tidurmu kekasihku?
Akukah didalam mimpimu?
Terbuai dengan memori itu
Saat kite mule mule bertemu

Ingatkah lagi kekasihku?
Apa yang engkau ucapkan dulu
Cinta mu hanya satu
Dan ia hanya untuk ku

Mengapakah ini berlaku?
Kini kau berubah laku
Tiada lagi cinta untuk ku
Kau pinta putus dengan ku

Oh kekasihku
Walaupun bukan dengan aku
Tetap ku harap kau bahagia selalu. 

Friday, November 28, 2014

Tak Tahan

Lorong padat tetap berarus
Tidak tahan tidak ku tahan
Ingin menyimpang tapi ia tutup
Tutup kerana ia sudah penuh
Cepat laju cepat sampai
Tidak tahan tidak ku tahan 
Sesampai destinasi terus ku luru

Ahhh lega. 

Seronok rasenye dapat ku lepaskan
Seronok rasenye bile dah kencing

Wednesday, November 26, 2014

Sepi dan Ceria

Sepi dan Ceria. Dua gadis berbeza. Wajah yang sama. Si kembar bersaudara. 

Sepi dan Ceria. Selalu bersama. Sempurna berdua. Berpisah tiada. 

Tanpa Sepi, Ceria tidak akan bersyukur. Tanpa Ceria, Sepi akan jatuh tersungkur. 

Sepi dan Ceria. Si kembar bersaudara. 

Mat Rempit

Hei mat rempit 
Bunyi ekzos kau bingit
Bau tayar kau hangit 
Pulas laju macam pelesit
Bile jatuh kau yang tersepit
Baru kau tahu tingginya langit

Tuesday, November 25, 2014

Roda Kehidupan

Sinonim sebagai manusia. Suka akan yang cantik dan indah. Suka yang manis manis. 
Nak yang hebat hebat. Mahu yang bagus bagus. Ingin yang wangi wangi
Habis tu, Yang buruk, bodoh, sengal, busuk, pahit tu nak campak kemana? 
Mahu ditolak kemana? Kiri? Kanan? Bawah? Atas? 
Lupakah kau hidup ini ibarat roda?
Arah mana pun jalan kau tuju pasti kau ketemu lopaknya. 
Ape perlu kau lakukan? 
Redha. Hadapi semuanya. Teruskan putaran rodamu. 

Putar halim.
Saye nak selesaikan. 
KEHIDUPAN

Monday, November 24, 2014

Cinta itu Dadah

Bagi aku cinta itu dadah
Pencinta itu adalah penagih
Penagih akan bahagia saat cinta itu banyak
Terlalu banyak cinta pula akan menggiankan
Sehinggalah
Saat cinta itu habis
Saat cinta itu tiada
Engkau akan menderita
Menjerit jerit dalam kesepian
Cinta itu adalah dadah
Dan aku adalah penagih

Sunday, November 23, 2014

Penantian

Tetap menanti disini.
Penantian yang kurasakan beribu tahun lamanya.
Tidak jua ku temu tujunya.
Bagaikan seekor burung yang tidak berkaki.
Terus terbang tanpa henti.
Apekah yang kucari selama ini?
Apakah ertinya penantian ini tanpa pengertian?
Oh Tuhan.
Janganlah Kau biarkan aku sesat dalam pencarian.
Janganlah Kau biarkan aku lemah tanpa harapan.
Oh Tuhan.
Ku mohon.

Saturday, November 22, 2014

LEPAK

Semalam aku lepak dalam bilik.
Sambil lepak, aku teropong aku yang dulu..
Waktu-waktu pahit, manis, dan hambar.
Adakah memori aku itu lebih banyak hitamnya dari putih?
Adakah aku terjatuh dalam golongan yang suci hatinya?
Atau aku memang patut disisih ketepi tanpa dipedulikan?

Friday, November 21, 2014

MASIH LAGI

Hari ini teringat lagi
Saat engkau melangkah pergi
Memori ini marak berapi
Tak mungkin dapat ku padam lagi.

Tuesday, November 18, 2014

Rase Nak Pitam

Bile hati penuh dengan daki dendam. 
Semua yang indah akan nampak hitam. 
Tiada garis senyuman hanya muke masam. 
Aku yang tengok pun rase nak pitam. 

Sunday, November 9, 2014

'Blog?! Whattt.... tu sangat yesterday okayy.'

Aku bukan lah seorang penulis.

Setiap tulisan aku selalu nya datang dengan tibe tibe beserta dengan rasa rajin untuk menaip
Buktinya, blog ini saja.
Jarang sekali aku update isi blog ini.
Hanya ada tika dan masa sahaja.
Setiap post aku pulak semuanya random. Tiada khusus temanya. Tidak juga ada timeline-nya.
Peraturan penulisan pon aku tak ikut. Semuanya ikut sesedap rasa hati aku.

Jadi, aku bukan lah penulis.
Aku hanya satu orang yang ade hobi nak menaip kerana bunyi keyboard ditekan menyenangkan telinga aku. Itu saja.

Adakah itu membuatkan aku seorang wannabe?
Hanya kerana poyo konon 'aku ade belog' seperti fynn jamal.
Yang cube publish post post cool bajet puitis yang bahasanya kurang sikit indahnya?

Nahhh.

Tidak jugak. Aku update post post yang ada dalam blog ni pon sebab aku rase ianya worth it untuk aku baca kemudian hari.
Tu saja.

Kalau korang rase 'Blog?! Whattt.... tu sangat yesterday okayy.'

Heh. Sukati kau lah. Janji kat setiap post aku. Takde 'visit my ig'

Friday, November 7, 2014

HEBAT

Memang aku tak hebat.
Engkaulah yang hebat
Kalau nak dibandingkan langkah aku yang setapak ini
Haruslah ianya lebih terkebelakang dari langkah
Beribu engkau
Ye.
Kau lah yang terhebat
Aku tepuk tangan untuk kau.
Tahniah.

*clap*
*clap*
*clap*

Monday, October 27, 2014

Rindu

Ingin sekali aku mengunci erat tangan kita
Macam dulu-dulu. 
Aku rindu. 

Kini
Tangan aku dingin
Mata aku sayu
Suara aku bisu
Rindukan kamu. 

Aku kini lupa
Senyuman kamu
Sentuhan kamu
Bicara kamu 
Marah kamu
Semakin lupa

Sesungguhnya aku benar-benar rindu. 


Friday, October 24, 2014

Emosi Sendiri

Sebagai rakyat yang hidup dalam lingkungan sederhana.
Semacam ada satu henyakan yang terperosok menyesak dada.
Aku ingin saja berteriak kuat melepaskannya.
Pasti akan bingit telinga yang mendengarnya.
Melihat akan kehidupan aku kini. Bersyukur itu pasti.
Lebih pasti lagi jika ingin lebih dari ini.
Lemas dalam ekonomi yang dikongkong politik.

Aku. Seorang rakyat. Pasti juga rakyat yang lain seperti aku.
Berusaha untuk secebis tapak ditanah untuk tegak berdiri.
Berusaha untuk tidak ketinggalan melihat dunia.

Tapi.
Terus juga ditindas oleh anjing-anjing politik.
Rakus menyantap nasi diperiuk kami.

Si Kapitalis hanya menyandar menonton drama ini.
Drama bisu yang penuh emosi.
Rakyat harus ada keberanian untuk punya dialog.
Melawan nyalakan anjing-anjing ini.

Rakyat harus tegak menentang.
Bukan anarki. Cuma mahu didengari.
Cukup. Rakyat sudah muak dengan suapan penipuan.

Sudah cukup.

Thursday, October 23, 2014

MILLI & NATHAN

Semalam aku tengok cite romantik Indonesia. Tajuk die Milli dan  Nathan.

Milli. Gadis yang malas belajar. Ingin jadi penulis.

Nathan. Pemuda yang serius, ingin menjadi terbaik dalam pelajaran.

Bercintalah kedua ini semasa sekolah. Hingga tamat sekolah.
Milli tiada keinginan ingin sambung belajar, sebaliknya Nathan.

Berpisah.

Milli menjadi penulis yang terkenal dengan karya "Manusia di pesimpangan"
Nathan tamat belajar dengan cemerlang. Kerja.

Berjumpa.
Bercinta.
Berpisah.

Milli menikah. Nathan kirim surat.
Nathan mati.

Cinta itu seperti kopi panas
Paling enak diminum saat panas
Tapi risikonya jadi cepat habis
Biar enggak cepat habis
Biar diminumnya pelan-pelan
Tapi risikonya jadi keburu dingin.

                                          Milli.





Friday, October 17, 2014

Langkah Terakhir

Langkah itu yang kau ambil
Untuk meninggalkan aku

Langkah itu yang kau ambil
Telah menghancurkan hati aku

Langkah itu yang kau ambil
Telah mematikan hati aku

Langkah terakhir itu
Sebelum kau memalingkan wajahmu

Biarlah ketika itu
Ketika langkah itu
Terbias memori kita dimatamu

Pergilah engkau
Pergi
Tinggalkan aku disini
Sendiri

Me n Zorro

Salam.

Sambil sambil tengok cite Melina ngan Luqman, aku ngan bosannya kuokan buku conteng konon nak lukis lukis la. 
*Marr ialah fav character ye*

Baru bukak buku, kucing aku Zorro sebok lak golek golek atas buku tu. Main main pen bagai. 
*menggedik gedik*

Eh sungguh. Nak je sergah. Tibe tibe sel sel otak kreatif aku berhubung. 
*mate di atas*

Aku pon amik pen tu, aku trace badan golek golek Zorro. Bukan main lagi die golek golek mase aku trace tu. Tah hape hape jadi nye. 
*siyes macam contengan Rayyan*

*pause*
*tengok contengan*
*buruk siot*

Hahaha. Siyes ape nihhh. Macam sesuatu yang tak boleh disebut disini. Hahaha. 

Tengok punye tengok. Aku rase kene warne lah. Tapi.... Aku ni failed bab bab mewarne ni. Nanti lagi buruk.
*risau*

Ah lantak lah. Dah memang buruk pon kan. Hahaha. 

Aku pilih warne. Aku pon warne laaa dengan se-pro yang mungkin. Lantak lah stroke kaler tu simpang siur. Janji dah tak nampak ape yang aku nampak tadi. 

*terbayang* 
*malu*

Lame la pulak nak siapkan seni kreatif kami ni. Tapi takpe, ni kan art pertama aku ngan Zorro. 
*excited*



Tu die kite trace kaki die.

Trace lagi

Rehat jap tengok ikan.

Sambung trace.

Start kaler. Zorro sebok main pensil warne.

Dah siap. 

Full image of our drawing.

Sempat cop kaki Zorro.

  Lawa kan. 

*Perasaan*

Nanti dah tua. Nak tunjuk kat cucu.
Hihihi. *cover mulut*

Wednesday, October 15, 2014

Sepanjang ke orang kawin di Ipoh

Pada hari minggu yang lalu. Aku folo mak aku pergi majlis kawin anak sepupunye, Pak Kudin, di Ipoh. Mak aku memang banyak saudara. Sebab mak aku ade 20 adik beradik

Gerak dari Shah Alam jam 9.30 pagi. Lalu highway Guthrie. 

Mulemule singgah kat perhentian Bikam. Kencing. 
*lega selesa*

Isi tangki pundi dengan cendol jagung. Xnak cite pasal rase sebab aku pon jenuh nak ngabehkan nye. 
*buek*

Pandu lagi. Singgah pulak kat RTC. Mak aku beli bunge.

Kannn.... Pehallah beli bunge. Padehal nak g org kawin kottt. Buatnye kecut je dalam kete nanti.
*geleng geleng*

Teruskan perjalanan.
*tido*

Sampai.

Majlis kat hotel Seri Malaysia. Jumpe jumpe. Peluk peluk. Makan makan. Burppp, Nyang. Jumpe jumpe. Tangkap gambar. Balik. 
*yeayyy*

Pergh. Makan sedap. Air ade 6 jenis. Aku minum laici ngan asam manis je. Lauk pulak ade 4 jenis. Bagus! X susah nak pk makan ape. Makanan ringan ialah cucur. Sedap weyh~ 
Memang specialty kat sini. 
*terbayang cucur menari depan mata*

Lepas kenduri. Singgah kat hentian limau barli Tambun. Beli limau pulak. 
*geleng geleng lagi*

Lepas tu berenti lagi kat Perhentian Tapah. Beli jambu pulak. Kemain mak aku kannn. 
*geleng geleng x berenti*
*adoi. Sakit leher*

Sampai kat Shah Alam dalam jam 6 petang lebih kurang. 

Legaaaaaa~~~ 

Jom layan gambar. Gambar mak aku paling banyak. 
Ini RTC. Tempat mak aku beli bunge.

Kenduri tu.

Nasi lauk kenduri. Air 6 jenis x sempat tangkap. Cepat habis. Panas cuace kaedahnye. 

Mak aku ( baju pepel) ngan mak pengantin.

Mak aku dan limau barli.

Mak aku beli jambu lak.

Singgah melawat Anis.

Kenderaan kiterunk.

Belanje gambar kaki sket ngan bunge mak aku beli.

Okay. Bye.
*senyum*


Saturday, October 11, 2014

Happy Game is a Happy Place


Ni tempat kerja aku. Cantik kan. 
Gigih donlot app panorama. Ahaks. 
*muke bangga ala ala perasan*

Aku keje kat kedai game. Tapi x la expert sangat pasal game. Bole lah sikit sikit. 

Sebab kat kedai ni aku ade letak gelang yang aku buat. So sambil sambil la ni. 

Kedai ni abang aku punye. Ciss. Aku pon nak jugak. 
*setan jeles dah mari*
Hahaha

Aku keje sini sebagai kuli je. Sebab abang aku suke buli. Hahaha. 

Mampos kalau die bace ni. 

Hampir semua keje aku buat kalau aku ade. Tu sebab aku slalu cuti. Haaa... Lagipon mak aku slalu harapkan aku nak bawak kemane mane.
*muke bangge sebab mak sayang lebih*

Tu la agak nye bile aku ade kat kedai abang aku macam cover balik time time yang aku xde tu. Die pulak yang lepak lepak.

Yelah.... Boss kan. Mesti la lepak lepak. 
*mate keatas* 

Bukit itu tinggi. Lemak menjerit.

Aku seorang budak gemuk.
*heh*

Sebab nye mudah. Bukan pemalas. Tapi aku suke makan. hehe.
Pemalas tu maybe la ade sikit. Tapi takde la sampai tahap ape pon x lalu nak buat.
Okay. Aku bukan nak bicara semangat malas aku.

Ni cerite aku pernah folo kawan Uitm daki Broga.
Bodoh gile aku sebab kene tipu ngan kawan aku Nan.
Kate Nan, Broga tu macam pergi Afamosa je.
Macam Apek bawak anjing jalan jalan .
Dalam hati *o.. senang je*

Aku pon ok jela bile derang ajak. AFamosa je kan. Kalau ikutkan aku yang bambam ni, mendaki ni memang dalam kategori MUSUH la.

Tapi.. AFAMOSA je kan.... yeay yeay jom pergi.
*senyum gembira*

Bile sampai.
Ladang sawit....
err..okay....
*peluh didahi*

Tu dia. Jalan nak naik tu. Siyes tekejut usus aku. Sabar je  lah.
*terbeliak mata.*
*sumpah Nan berbakul bakul dalam hati*

Langsung tak AFamosa kot. Hampeh gile Nan. Apek kalau bawak anjing die pon mahu la anjing tu jerit jerit suare itik.

Tapi,

Alhamdulillah sampai juge lah aku kat atas tu walaupon termengah mengah macam lari pecut. Tu lah die nye. Kenape lah aku tak google dulu tengok Broga tu macam mane. aduuuui.
*tepuk dahi*






Friday, October 3, 2014

Aku Nak Menang

Kalau berangan biar sampai jadi
Bukan berangan setakat sembang
Kalau mencari biar yang serasi
Bukan bile benci terus mencaci
Tapi siapelah aku
Mahu semua yang sempurna
Sedangkan aku juga terpalit dosa

Ah! Peduli la kate siapa
Janji aku sendiri yang merasa
Aku belajar untuk genggam ilmu itu
Ilmu dari pengalaman lebih jitu
Lantak lah kate derang
Janji aku kenal siapa aku

Kalau aku sebok nak pikir kate derang
Sampai bile aku nak menang?

Friday, September 26, 2014

MANUSIA DAN STATIK

Manusia dan perubahan itu sinonim. Mane ade manusia yang statik dengan pilihannye. Sentiasa berubah.

Kalau manusia tetap statik, sampai sekarang lah kite 'sms' pakai burung.

Macam aku. Aku tak pernah statik dalam semua perkara. Kalau semalam aku tak suke kau. Mungkin hari ni aku suke kau.

Dan aku harap. suke aku pada kau akan statik sampai bile-bile. Biar lah yang ini jadi pengecualian statik aku.

Saturday, September 20, 2014

LANGKAWI 2014

Salam.

Bebaru ni aku pegi Langkawi ngan famili aku. Jadi ade rase nak share cerita Langkawi lah nih. haha

Aku tahu, semua mesti penah pegi kan. SEBAB. nak beli coklat. SAME la wey. aku pon. Tapi aku beli kain batik gak. Caye tak aku pakai kain batik. Percaye lah. Kerana kain batik mungkin aku dapat kawin ngan datuk macam DCT.

Selama 4 hari 3 malam aku kat sane. Bilik aku amik kat Langgura Resort. Dah 2 kali aku tempah kat sini. Sebab selesa, bersih, dekat dengan pantai duduk depan Mall, senang nak jalan kat Chenang Street. Sile google kalau nk tahu lebih.

Banyak tempat yang aku pegi ngan famili aku.

  1. HIG - Beli coklat lah kan. Hari-hari pergi kot. 
  2. Idaman Suri - Coklat dh x jual. So, dah x bes kecuali makcik kuih kat tepi tu. hahaha
  3. Rams - Tempat aku beli Body Mist Victoria Secret. 
  4. Dayang Bunting.Eagle Feeding.Pantai Beras Basah.- Ini sangat best.
  5. The Pallet - Dulu best, Tapi sekarang baju dah kurang.
  6. Safarul Akmal. - Biase biase je. Beli spek kat sini.
  7. Restoran Aliah Seafood.- Dah kurang memuaskan. 
  8. Beras Terbakar. -Tak tgk beras pon. Beli kain batik sini ngan gamat. murahhhh
  9. Nusantara Gamat - Tak beli pape sebab dah beli kat Beras Terbakar. Tapi sini mmg ade macam macam r yang berkaitan gamat. 
  10. Chenang Mall. - Kedai coklat die bes n ade kedai tudung menarik kat situ.
  11. Laksa Ikan Sekoq Tip Top. - Memang TIP TOP. 👍👍👍👍👍
  12. Pasir Hitam. - Tak ade ape yang menarik nye kecuali pasir pantai die warne hitam.
  13. Kompleks Kraf. - Pegi tgk org buat kristal. Menarik menarik.
  14. Cable Car. - Dulu dah naik jadi kali ni g shopping area situ. Ade yang murah dari Chenang.
  15. Uptown Kuah. - Lambakan baju untuk perempuan...yang kurus. hahaha
Okay, ade lagi banyak, tapi dah malas type. Mase utk share gambar okay.

Laksa Ikan Sekoq Tip Top

Gerai Nasi Lemak Mak Tam

Pantai Pasir Hitam

This is me

Kompleks Kraf

Komplek Kraf

Kompleks Kraf

Erina at Kompleks Kraf

Dataran Helang

Dataran Helang

Eagle Feeding at Pulau Singa

The Family

Tasik Dayang Bunting

Eagle Feeding

Cable Car

Faizal's Crystal Blow Center

Faizal's Crystal Blow Center

Sekian hingga bertemu lagi kita Langkawi.


Friday, July 4, 2014

Angan Angan

Salam.

Kalau kite cakap pasal angan angan ni. Confirm seluruh manusia kat dunia ni pernah berangan. Nak nak time tengah berak. Betul tak.? Confirm berangan punye lah. Jangan nak hiprokrit. Sebab name pun manusia, Lumrahlah berangan ni. Kalau tak, takkan wujudnye watak Mat Jenin kan.

Mase berangan tu, melayang layang lah sampai ke London patah balik Malaysia tapi singgah Jepun dulu makan sushi. hehehe. Konon dapat keje bagus bagus makan sebulan kat TGIF, rumah besar duduk 10 orang rase macam duduk sorang sorang, bini lawa macam Beyonce atau laki hensem macam Evan Peters. Pfftt! Tak boleh blah nak bini lawa cam Beyonce. Muke kene lah macam Jay-z ye dak. Bibir kene tebal bro. Kalo x tebal, pegi cucuk bontot lebah kat bibir. Confirm tebal kemerah merahan macam pakai lip ice.

Kalau aku, harus lah berangan nak jadi orang kaye.... hahaha tak lah, gile skema angan angan. Aku selalu berangan melancong ke seluruh dunia. Bukan sekadar melancong ke Indonesia ikut mak aku. Sebab bajet takde, jadi kene follow mak je lah, sebab x payah risau pasal duit. MakBank ade. hahaha

Bezanye, sama ade ape yang kite berangan tu jadi kenyataan atau tak. Adakah kite ambil ape ape tindakan untuk mencapai angan angan kite. Bertindak. Tu lah bezanye.

Macam aku... Aku memang pemalas, berangan je aku mampu. hahah. 'Ma.. lepas ni kalo mama nk g mane mane, orang nk ikut'.

Sekian.


Wednesday, July 2, 2014

Novel: Awek Chuck Taylor

Hey salam.
This time around, aku nk share pasal buku yang aku baru bace. Actually aku amik mase 3 hari untuk habis kan. Sebab bagi aku kalo bace novel ni, x bes bace cepat cepat. X feel. Ok enuf dengan mukadimah. 

This novel titled "Awek Chuck Taylor" . Hafiz.Mira.Nana. Hemph. Bile bace buku ni. Hmm entah lah. At first, hafiz just like a normal guy yang desperado nk gf. When u bace n bace. Hafiz ni macam this kid yang u rase "hmm biase je" at the first time u met him but turns out he is actually The guy yang boleh buat u cair with his poems, ideas n logics. Not just mira or nana. Tapi kalo aku pon akan suke kan die. 

Mira lain pulak ceritanye. Why lah u. Smart but at the same time u buta. Blinded by ur so called falsafah hidup. She loves to read anarchist kind of books. YKWIM. So die macam anti dengan adat budaya n peraturan yang ade. But at the same time die jugak lah yang kantoikan Aiman smoking bong to his dad. Her dad also. Haha. Bosan dengan rules lah sangat kan. Tapi die yang berlagak pengawas. 

Nana is Mira's sister. Mira loves her so much. More than herself. But when Hafiz yang at that time dah jadi bf Mira macam jatuh cinta kat nana. N nana pon same ade feeling towards Hafiz. Kebetulan, Mira the smart ass finds out about it. Their sisterhood dah x macam dlu. Sours. 

Until Aiman, Mira, n Nana pindah to Canada. What happen to Hafiz. Then u need to read the novel. Awek Chuck Taylor. By Nami Cob Nobbler. 

Saturday, February 15, 2014

WRONG NUMBER

Salam.

Tgh hari tadi aku pegi majlis kahwin kawan Uitm kat Putrajaya. Nak jadi kesahnye aku ni dah lame r x bersosial bersame same geng Uitm. Maklum laaaa, dek kerana tugas (kunun) dan betapa pakar nye aku dalam mencari jalan utk ke tempat berjimba menyebabkan aku susah nk folo aktiviti dierang. 

Jadi aku kunun nak seperais r mereka dengan panggilan yang mereka tunggu tunggu kan dari aku. (Tunggu ke??) hahaha. Tepon Saleha dlu. Mesin jawab. Tepon Nan. Mesin jawab. Hahaha. Nampak x? Betape aku keep in touch ngan kawan kawan. Hahaha. 

Pastu aku call Dilla. Angkat. 
Laki jawab. Hello. 
Aku balas. Assalamualaikum. Dilla ade?
Die balas. Dilla? Saye Osman. 
Aku konfius. Errr...ok...bye.

Hahaha. Rupenye dah tuko no. Siap bgtahu aku dah haritu. Boleh pulak aku ni cerodik x updet no Dilla ni. Adoiii ape jenis kawan lah aku ni. Hahaha. 

Lepas ni, aku nk make sure aku msg bertanye kabar kawan kawan aku sebulan at least sekali. Hahaha. 

Ok. Bye. 


Friday, February 14, 2014

LUNA RAINBOW


Salam. 

Aku nak share gelang baru dari Qaseh Jane. Ni name die Luna Rainbow. 

Luna Rainbow ni, dapat inspirasi dari biskut rainbow yang aku makan kat umah sedare aku. Ceeee... 

Comelkan warne die. Ceria gittuh kan. Luna Rainbow ni hargenye RM3.50 satu. 

Kalo nk beli boleh lah wasap, viber & wechat cik QJ ni kat no 019-6338255. Atau pon terus pegi kedai Happy Game kat Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kat situ ade gelang QJ ni. Xpon tgk kat ig QJ @qasehjane . Haaaa kauu. Banyak cara nak contact cik QJ ni kan. Terserah nk cara yang mane. Hihihi

InshaAllah dengan pantas cik QJ ni reply msg kalian. 

Okay. Gudnite. 



KERENAH ANAK

Salam. 

Kali ni kite share pasal kerenah anak. Aku de le sedare ni. Sayang bebenor ngan anaknye. Ape yang anak tu nak, pasti ditunaikan. 

Walaupon mase ngah sengkek, kalo anak makan ciken chop, die makan nasi bujang je. Rela asal anak kesayangan dapat makan ciken chop. 

Sedihnye, anak die langsung x peduli bile tgk mak tu mcm stress sebabkan duit. Mintak mintak mintak. 

Xnak g sekolah, xdehal~ sukati je. Nak g mane-mane hantokan. Kalo anak nk karaoke, mak nye sanggup balik umah dlu. Anak dh letih melalak, pagi pagi bute pegi amik kat pusat lalak. 

Kite rase kesian. Tapi mak tu sanggup memang xley ckp ape lah. Anak pulak wat dono bodo alang je. Huhu boleh buat episod tanah kubur nih. Hakhakhak. 

Aku belum la lagi jadi parent, tapi pepatah ade kate, kalau sayang anak, ditangan-tangan kan. Tapi jgn ditangankan kat Sweden. Jail ko habuan nye. 

Parents zaman moden kebanyakan begini. Contoh masuk paper pon dah ade. Saman guru rotan anak sebab x siap homework. Huhuhu. Bile cikgu malas marah pulak kan. 

Sekian. Gudnite. 

Thursday, February 13, 2014

LAPAR

Salam.

Hari ni lapo nye bukan main lagi. ceeeewah macam le puase. hahaha Sebab nye lame bebenor nunggu Fie (abg aku) balik ke kedai ni haa. Mak aku kirim lauk ikan masak kicap. Nunggu itu le tadi nye.

Katenye nak balik lepeh maghrib. hmmm yele tu~

Bukan nye xley makan mende lain, tapi perut ni gatei nak tunggu jugak ikan kicap tu~ padan le muke ngan perot aku....

Dah le tengah hari tadi makan roti ubi (potato bread) je. (Padehal dalam peti ais kemain macam macam ade). Malam mule la kriut kriut perot... tapi xley la nak marah Fie, sebab ade je makanan lain kan~

Fie sampai kol 10 lebey pm,teros dengan pantas tangan capai pinggan bile dengo turbo kete die. hahaha, kemain lapo nye ye. Bile lapo kemain, mule le makan pon kemain. Hancusss diet aku, eh.. ade ke?? hahahaha.

Okay. Gudnite.

Wednesday, February 12, 2014

LUNA CANDY

Salam. 

Hari ni kite nk share pasal gelang yang comel-comel dari Qaseh Jane. Actually ni keluaran January yang lalu. kite yang baru nak share. hehehe. biase kan (memang jenis lambat nak upload kannnn). Colourful gitteww felang die, tu sebab name die pon Luna Candy. Inspirasi kaler pensil luna. 

Keep in touch utk nex post ye. Arm Candy by Qaseh Jane keluaran February. =]




























Comel kan~~ Murah pon murah~ hihi kalau nk order boleh folo instagram QasehJane atau wasap kat no nih 0196338255. InshaAllah di-reply dengan pantas. 

Okay lah. Chau chin cauuu~~